Thursday, December 6, 2018
Saturday, November 24, 2018
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN (SEKOLAH MENENGAH)
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Berikut merupakan sedikit pengenalan ringkas bagi maksud pengurusan alam pembelajaran:
Apakah
yang dimaksudkan dengan pengurusan alam pembelajaran? Pengurusan bermaksud satu
proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai
objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal. (Haji Samsudin bin Md Nor) Manakala, alam
pembelajaran pula membawa maksud keadaan atau suasana belajar yang dapat
merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah
laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. (Lee Shok Mee, 1993)
Pengurusan alam pembelajaran ialah
persediaan guru sebelum memasuki alam persekolahan atau pembelajaran yang
menyentuh beberapa perkara termasuklah penglibatan persediaan mengajar dalam
penulisan, ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang hendak diajar, bahan bantu
mengajar, ruang pengajaran dan kemahiran dalam pengajaran. Ia juga berkait
rapat dengan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, cara penyusunan
kerusi dan meja pelajar mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran
semasa di dalam kelas. Hal ini semakin kukuh kerana menurut seorang penulis
(Wina Sanjaya, 2009), beliau menyatakan bahawa proses pembelajaran merupakan
salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran.
Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat
pembelajaran yang kondusif. Persediaan ilmu pengajaran juga perlu dirujuk oleh
guru mengikut sukatan pembelajaran.
Dalam pada itu, selain mengajar guru
juga memainkan peranan utama sebagai seorang pengurus dalam sesebuah bilik
darjah tersebut. Tugas guru lebih kepada mengurus rutin bilik darjah, mengurus
murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus
keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus
bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan seseorang guru dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang
selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
SEKOLAH MENENGAH
Kaedah pemerhatian secara online:
Pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah menengah lebih kepada mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan menaik taraf disiplin bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Dalam hal ini, seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pelajar lebih aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru.
Perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Lingkungan umur pelajar sekolah menengah perlu diambil berat kerana umur mereka pada peringkat ini sedang menuju ke arah perlakuan keremajaan yang akan mula memprotes atau membantah sekiranya terdapat perkara yang tidak sesuai dengan jiwa mereka. Oleh itu, guru harus bijak mencari cara pengurusan yang efektif agar lebih mudah untuk mengendalikan pelajar yang bersikap sedemikian.
Antara SEPULUH sifat guru yang disukai murid:
-Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat
-Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik
-Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang
-Mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar
-Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab, bertata tertib dan bertimbang rasa
-Mempunyai sifat empati
-Bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas serta tegas
-Menepati masa dan berkebolehan mengurus
-Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan,
-Memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan
Berdasarkan kajian pemerhatian menerusi laman sesawang, bilik darjah yang selesa dan kondusif turut memainkan peranan penting dalam pengurusan alam pembelajaran sekolah menengah. Melalui konteks ini, seorang guru berperanan sebagai pencetus idea serta bertindak sebagai seorang pembimbing atau fasilitator dalam mewujudkan suasana kelas yang harmoni. Ini akan membantu pelajar mudah memahami dan dapat menerima suatu pembelajaran dalam keadaan yang tenang. Ini termasuk juga dari segi susun atur segala perabot dalam sesebuah kelas tersebut agar tidak kelihatan berserabut, kesesuaian peraturan keselamatan dan sebagainya.
Akhir sekali, kebolehan seorang guru dalam mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan terhadap pelajar sekolah. Dengan ini, pelajar dapat menerima mesej atau arahan yang ingin disampaikan dengan tepat. Kecekapan komunikasi dan interaksi ini boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa. Kebolehan ini sudah semestinya dapat menghindarkan murid-murid daripada cepat bosan atau mudah hilang fokus. Guru yang disertai dengan sikap pemurah dan peramah juga merupakan satu bonus dalam diri seorang pendidik untuk mudah didekati atau disenangi oleh pelajar kerana sikap mudah memahami akan membuat pelajar senang mengongsikan masalah yang dihadapi yang mungkin boleh menganggu konsentrasi pembelajaran yang seterusnya mempengaruhi kemerosotan pencapaian akademik mereka.
Contoh-contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:
i. Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.
ii. Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.
iii. Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.
iv. Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point
Subscribe to:
Comments (Atom)